kilasan memoir

Monday, March 9, 2009

kanak-kanak genius - bertuah @ hanya bernasib baik?


Ditulis oleh Zulzaidi bin Mahmod

MASA DEPAN PELAJAR GENIUS

Melahirkan seorang anak yang pintar dan cerdik adalah harapan setiap ibu bapa di atas dunia sejak zaman primitif hingga ke era globalisasi. Apatah lagi melahirkan seorang anak yang genius yang mampu mengetahui banyak perkara walaupun tidak belajar dan tidak perlu bersusah payah untuk belajar sememangnya impian ibu bapa. Ibu bapa dewasa ini sanggup menghabiskan ratusan malahan ribuan wang ringgit untuk memastikan anak mereka pintar dan mendapat pendidikan yang sewajarnya. Di dalam buku “Seorang Ibu Bukan Sebarang Ibu” membawa kita menyoroti bahawa wang ringgit amat penting dalam pendidikan anak-anak untuk cemerlang. Tetapi yang istimewanya bagi anak genius wang ringgit bukan ukuran yang penting pengetahuan yang melebihi dari kebiasaan teman-teman sebaya malah melampaui kebiasaan akal fikiran.

Pakar kanak-kanak terkemuka dunia, Dr Thomas Armstrong, berkata kepandaian bukan sesuatu yang perlu ditakuti tapi mesti sentiasa diasah, dijaga serta memerlukan pemantauan berterusan. Menurutnya, bukan semua bertuah dikurniakan kebijaksanaan tahap genius atau mempunyai tahap kecerdikan (IQ) tinggi, hanya yang terpilih saja mempunyai keistimewaan ini. Mereka bertuah namun jika tidak digunakan dengan betul, boleh menyebabkan kehidupan bertukar sengsara.

Mereka yang dikategorikan bijak dikatakan memiliki IQ pada tahap 175 ke atas, sentiasa kreatif dan mampu berfikir lebih daripada kemampuan manusia biasa. Antara mereka yang terkenal kerana mempunyai kebijaksanaan dan kepandaian luar biasa ialah pelukis Picaso, komposer Mozart dan saintis Albert Enstein, dan juara catur dunia, Bobby Fischer.

Di Malaysia juga tidak kurangnya yang mana kita mempunyai anak genius kita sendiri seperti Adi Putra Abdul Ghani pelajar termuda UNISEL, Chan Yao Ban iaitu pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke Universiti Oxford pada usia 13 tahun dan Chiang Ti Ming menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech).

Namun menjadi persoalan kepada kita adakah anak genius ini mampu untuk menjadi penyumbang kepada Negara dengan kepintaran yang mereka ada. Kita sedia maklum bahawa pelajar genius ini menjadi “role model” kepada anak-anak yang juga rakyat Malaysia khasnya untuk mempunyai ilmu seperti mereka.

Tetapi “role model” ini hanya mimpi disiang hari selepas Negara kita digemparkan dengan isu Sufiah Yusof yang menjual tubuh. Sufiah membuat pengakuan berani sebagai “wanita penuh berahi” yang suka membaca kisah hidup dan watak pelacur dalam drama televisyen serta mampu menerima bayaran £1,000 (RM7,000) bagi setiap sesi perkhidmatannya atau pendapatan tahunan kira-kira £60,000 (RM420,000).

Selain kes Sufiah, dahulu kita digemparkan dengan kes Chiang Ti Ming yang telah meninggal dunia pada awal Januari 2007 di Seremban, selepas khabarnya mengalami tekanan perasaan yang amat teruk hingga dimasukkan ke HKL.

Selaku rakyat Malaysia kita masih ragu-ragu adakah genius anugerah Ilahi ini hanya dijadikan populariti atau digunakan sebaik mungkin. Mari kita singkap apakah punca yang menjadikan mereka sanggup melakukan perkara yang melanggari batasan manusia. Daripada kes Sufiah, yang mana beliau mengakui trauma dan terus dihantui pengalaman peritnya ketika zaman kanak-kanak apabila didera bapanya, Farrooq Yusof. Selain itu Pensyarah Kanan Jabatan Asas Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Rosadah Abd Majid, menyifatkan kejadian yang menimpa Sufiah ada kaitan dengan perkembangan dirinya yang tidak seimbang. Menurut Perunding Psikiatrik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Madya Dr Osman Che Bakar pula berkata ada kemungkinan Sufiah berhadapan dengan masalah psikiatri mania yang boleh menyebabkan nafsu seksnya meningkat terlalu tinggi hingga mendorongnya terbabit dalam aktiviti pelacuran. Jika di dalam kes Chiang Ti Ming kita lihat bahawa tekanan perasaan juga manjadi punca berlakunya perkara diluar jangkaan dan batasan sehingga menyebabkan kematian.

Menurut Dr Rosadah bagi menangani kecelaruan emosi itu, anak genius memerlukan seseorang untuk bergantung dan menyokong kehidupannya. Penyokong disini adalah dari keluarga dan sahabat yang terdekat yang mampu untuk menunjukkan kembali jalan kebenaran kepada anak genius agar tidak terlibat dengan kerja-kerja terkutuk.

Selain itu peranan ibu bapa penting dalam memberi bimbingan serta sokongan dan dorongan supaya keperluan anak dalam pelbagai aspek dapat dipenuhi dengan baik dan seimbang. Ibu bapa perlulah menjadi rakan dan teman kepada anak-anak genius agar mereka merasakan keakraban untuk menceritakan segala masalah mereka kepada ibu bapa.

Menurut Mohd Rahimi bin P.Ramlee dari Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Universiti Malaya menyatakan sebenarnya bagi Umat Islam penyelesaian bagi semua masalah adalah perlu untuk kita kembali berpaksi kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam kehidupan. Selain itu konsep Ihsan iaitu “ Allah melihat apa yang kita lakukan” menjadi cara kita menjalani kehidupan seharian agar kita tidak terjerumus kepada perbuatan yang ditegah agama. Beliau berkata lagi bagi genius yang bermasalah perlulah rawatan psikologi agama, agar agama tetap dipegang dan dipertahankan. Bagi genius yang tidak terlibat dengan perkara-perkara ini, pemantauan perlulah diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa, keluarga, kerajaan dan sebagainya.

(ZULZAIDI BIN MAHMOD)

TAHUN KEDUA

JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

komen :

Assalamualaikum wrt

Saya termasukdalam blog ini dan membaca tulisan saudara. Terimakasih kerana menyampaikan pandangan saya dalam tulisan saudara. Anak adalah anugerah Allah, potensi mereka menjadi satu amanah untuk kita bangunkan seoptimum mungkin demi ummah dan Islam kerana Allah. SEmoga Allah merahmati kita dengan keikhlasan, hidayah serta kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin … ameen.

Rosadah Abd Majid


komen ak plak.....

ak stuju dgn pndgan saudara tersebut. Pandangan ak ini adlh susulan dari satu seminar dan pelancaran program khas kerjasama UKM dan satu universiti US John hopkin (klu ak slah eja- mintk maap ek) yang ak hadiri pada 2mgu lpas bersama2 kawan sekuliah. Program ni telah dilancarkan pada 2 Mac lpas oleh Datin Seri Rosmah Mansor, bakal wanita no.1 M'sia dimana ia dilancarkan susulan dari kemunculan kanak-kanak genius M'sia spt Adi putra (terkini) bagi membendung mslh @ kesilapan lalu krana xmmpu mengekalkan prestasi cemerlang kanak- kanak genius sblum ni spt Shokeri hadafi, sufiah yusuf dan sbgnya atas alasan tiada saluran bantuan perancangan masa depan mreka yang betul atau tepat bagi hala tuju kehidupan mrka.
Ak rase kemungkinan mslh ni bukan hanya di M'sia malah di tempat lain juga. Hanya segelintir shj yg benar2 dpt mengatasi gelombang tersebut. Sebagai cth kejayaan seorg kanak2 di US yg menjadi lecturer di negara Asia Tenggara pada usia baru 20 thun seperti dlm akhbar Metro minggu lpas (2-6 Mac 2009). Rekod yg telah mengalah Isaac Newton krn mndapt PhD pada usia 14 tahun. tp agak xlogik plak bg ak, umur 8bulan da bole baca buku kec mmg benar2 DIANUGERAHKAN. Dlu ak rase sgt jelez dgn Sufiah sbb dpt msuk universiti pada usia muda (lbh kurang sebaya dgn aku) tp bile keadaan cmni akhirnya, ak berase bersyukur sbb dikurniAkan kehidupan yg sederhana wahal bohongla klu ak ckp xde problem lgsg kan?
Tapi plg pnting skali ialah ak masih ad MEMIOR KANAK2 yg bole dikenang, bukan setinggi langit harapan nk dijunjung, bukan sgunung beban nk dipikul atau seluas lautan buku nk digalas...agaknye perkembangan intelek mreka yg abnormal xselari dgn perkembangan kognitif atau behaviour yang normal..Maka frekuensi sinaran Permata tidak mncapai tahap ISO yg sepatutnyer akan tertekan dek krna tekanan luar dan akhirnyer mnjd supernova dan lohong hitam di celah2 angkasa kehidupan. Apepun plh penting dan asas agama adalh Agama sebagai tiang....senakal mana atau sebijak mana xkan ke mana sekiranya tiada pegangan Agama yg kuat sebagai asas. Tanpa asas, taing dan tulang kita umpama helaian debu tnpa tujuan.
posted by CAHAYA MATAKU........ at 3:36 AM 0 comments

Sunday, March 8, 2009

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1987 - MESTI KORANG INGAT NI (kiriman dari seorang teman)


Coretan Kenangan LAHIR PADA TAHUN 1973-1987
Friday, March 6, 2009 9:06 PM
From:
"jacque julut"

Kengkawan,

Pls hayati setiap kata - kata kat bawah ni.........


Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver
Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja
Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang
cawan
warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi
yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt....program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu....ada
yang suka stoking tebal laaa....

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras
warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti
Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa
dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan
apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa....
kalu kat kampung main tembak2 guna buluh. taruk buah gatal tembak kawan2.. main lestik burung, buah. best siut.

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2
duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2
color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik.. hmmm..ni pun kita main dulu
ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,
yg
Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam .

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak
reti
nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone... .
paling kesian budak2 bandar sekarang nak main bola sepak pun tak de ruang kat sekolah. so, pakat balik dari sekolah g CC main game online.

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile
bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time
kecik2, nakal2 dulu...

7.. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...heheh

tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn
mendalam..
mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata..
yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan
lalui zaman yg sebegitu lagi..
sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???

Azman Ali
Credit & Legal Department
ServTouch-Wywy (Malaysia) Sdn Bhd
Tel: (603) 7718 1818 Ext. 332
Fax: (603) 7957 0990
www.servtouch-wywy.com.my


P/s:- Hehe...mmg ak tersenyum sndr bila baca email seorg teman ni. terkenang zaman kite bebudak dlu....byk yg da berubah sampi ak sndr klu pkr2 blik cm lucu pun ad, bangga pun ad. 'game' budak skrg xmcm dlu. lg ak tersenyum bile sepupu ak byk main video game ni (adik ak skali la, wa
hal ak pun skali) bile tye ak ap "game" dlm email ni. Ak dgn banggayer terangkan sambil siap buat demo skali. tp sbnryer rindu pd game2 zaman bbudak dlu.
Game "pondok2"telah mengajar erti pikul tanggungjawab sbb ad yg jd bapa kuar cari rzki, jd mak jaga rumah, adik bradik saling membantu. Pada asasnya membina sbuah kluarga bahgia. agakyer klu la kluarga yg ber
kurang tuah renung smula memoir "Game Pondok" mst rase malu diri sndr kan?
Mandi sungai bagi yg duk kat kg atau main penyiasatan sampi panjat bukitla....jatuh dlm paritla lagila satu memoir zaman kecil yg xdapat dirasai oleh budak zaman skrg. Panjat pokok mngambil buah-buahan kat dusun, siap kena kjar klu yg amik dlu mintak kemudian (istilah zman kecik2 konon gnti istilah curi...tp biasanya kena marahla dgn org tua pas2) hehe...tapi da tua ni buruk bebenorla klu buat perangai cm2. Siap kena belasahla nmpk gayanyer..sbb biasa di kg adlh sanak saudara..so xkan putus air dicincang..

Myb masalh sosial yg kian kritikal mengusik sosia-minda msyarakt kite skrg adlh disbbkan perkembangan pembangunan kemajuan sosia-ekonomi yang xseimbang atau selari dgn sosia-etika dan perkembangan kematangan rohani diri masyarakat kite dewasa kini. Sbb zaman kini kanak2 lebih didedahkan dgn pendedahan yang xrealistik sperti yang kite alami skrg.
Masalah porno misalnya, bohong klu ckp zaman dlu xde lgsg bahan porno tapi yang mmbataskan pendedahan salahnya kepada budak2 adalah sumberyer sndr. So, sapekah yang bersalah, dipersalahkan atau tersalah dalam penerapan nilai murni dalam MEMOIR KANAK2
?
Pada ak la....myb budak2 skrg terlibat dlm hal2 demikian bukan ape sbb diorg xtau nk salurkan masa memoir kanak2 kpd prkara yg mudah, jimat dan berkualiti. bagi yang mmpu dunia siber adlh pilihan ...kpd yg xmmpu plak terpksala mncari jln bg mengatasinye tnpa kwln ade yang tergelincir.

posted by CAHAYA MATAKU........ at 8:21 PM 0 comments

Tuesday, March 3, 2009

gokusen special 123

posted by CAHAYA MATAKU........ at 10:09 AM 0 comments

Monday, March 2, 2009

aku xsihat daa.....


ari ni kesihatan ak sgt lemah myb tambh dgn demam rindu nk blik umah raseyer....ak harap cuti maulud ni xde aktiviti yg mnganggu niat ak nk blik tido bwh ketiak mak ak...point utama ak xble pisah dgn kmbar ku (tv ek).


bila jauh, rase rindu plak tp ad depan mata ak buat2 sibuk kononyer sbb bosan duk umah...atau nk cr sst yg baru. tp hakikatyer mreka adlah segalanyer. jatuh bangun ak..wlpun ak xluah dgn kata2 pd diorg, memadai ad disisi sudah cukup buat ak berdiri teguh untuk hadapi. ak malas nk citer problem ms tgh serabut dgn mak ku bukan ape. sbb ak tau kena marah blik dgn mak. So, bile smua da settle atau reda baru ak citer. Biasenyer ak akan buat testing dlu. da dpt result dr ujikaji 2 br ak bgtau mak aku. Cam2 ak adik bradik, buat dlu br bgtau klu x, sampai bile2 mak aku xlpas. hehe...poyo


Bile ak pkr blik bab buat salah n guru marah...da xsama situasi dlu n skrg...klu dlu, ak sndrla senang citer klu kena denda ak senyap xnk bgtau parent sbb tau mmg ak salah n patut dihukum silap haribulan ak ngadu lg teruk ak kena dgn parent. Even ak sbnryer mmg nakal dan kdgkala ngadu kt parent cikgu buat cm2 cmni. Hehe...pernah gak parent ak pg jumpe guru sbb xpuas ati dgn laporan ak. tp dipk blik cr cikgu 2la, jd stail peneguhan pembelajaran ak bile da cerdik skit nak pikior.... hehe..


Parent ak sllu gak kamcing dgn cikgu ak adikbradik, so ap sj kelakuan km akan di'spy'. aduiilaaa hidup kena sntiasa berjaga2 da. Hairan ak, knpe ramai sgt parent skrg kononyer intelek yg dtg maki hamun, saman cikgu sbb denda ank yg terang lg bersuluh buat salah. sayang ank konon....klu sayang jgn tinggal2kan, tp tegur2kan cr berhikmah..n slalu peka dgn perubahan, kehendak diorg. Ni tak, ank nk ap, smua bg (sayang konon). langsung xdiajar rase susah untuk mndapatkan sesuatu agar lebih menghargai nilai sesuatu. Klula ak ble buat sesuatu.....ape ek?
posted by CAHAYA MATAKU........ at 5:59 PM 0 comments


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones